Jul 9, 2009

MUKADIMAH - TENTANG EKONOMI ISLAM

MUKADIMAH
Persoalan ekonomi bukanlah merupakan satu persoalan yang baru dalam sejarah peradaban manusia kerana kegiatan ekonomi itu sendiri merupakan sebahagian dari kehidupan umat sejagat. Nas dari Al- Quran awal-awal lagi telah menyebut kisah Nabi Allah Yusuf a.s dalam urusan yang dinamakan sekarang ini EKONOMI (IQTISAD ). Allah telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :
Berkata Yusuf " Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan Negara ( Mesir ) , sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan".
(Surah Yusuf 12:55 )
Rancangan yang dikemukan oleh Nabi Yusuf kepada pembesar Mesir untuk mengatur urusan pembekalan makanan demi menghadapi malapetaka ( kemarau ) yang dijangkakan berlaku meruapakan asas bagi ilmu ekonomi ( Babilli , 1988:18 ). Agak tepat juga jika dikatakan bahawa pada zaman Nabi Yusuflah terasasnya ilmu ekonomi Islam (*1). Dengan itu , Islamlah yang mula-mula memberikan isyarat kepada ilmu ini dengan bahasa yang unik ( Babilli, 1988:18 ).
(*1) - agama yang dibawa oleh setiap Rasul ialah Islam , termasuk Nabi Yusuf sendiri. Begitu juga Rasul-rasul yang diutus sebelum beliau (lihat al-quran 2:131 - 133 dan 136 , 3:83 -84). Justeru , ekonomi yang diamalkan oleh para Rasul juga merupakan ekonomi Islam.
.....dipetik dari Buku EKONOMI ISLAM - Dasar dan Amalan Edisi Kedua ditulis oleh Surtahman Kastin Hassan & Sanep Ahmad.

No comments:

Post a Comment