Jul 10, 2009

EKONOMI TIDAK HANYA DALAM PERNIAGAAN



Ekonomi pembangunan Islam tidak hanya berputar dalam perniagaan. Berinfak , sedekah dan jariah juga merupakan alat pembangunan yang merangkumi ekonomi Islam itu sendiri.

Sehubungan dengan itu Lajnah Ekonomi ingin melancarkan kempen bersedekah bermula pada minggu depan. Dengan bersedekah juga banyak pembangunan Islam dapat dilakukan di daerah yang kita sedekahkan.
Mahukah setiap dari kita bersedekah hanya 5 sen atau kata orang utara 5 duit atau kata orang kampung lama-lama 5 dit untuk setiap waktu solat. Mahu tak kita masukan hanya 5 duit dalam tabung masjid setiap waktu 5 kali sehari dengan menganggap seoalah-olah 5 duit ini sebagai satu permulaan untuk kita meringankan tangan menghulur sedekah.
Hanya 5 duit saja....5 duit untuk 1 waktu maka sehari menjadi 25 duit ataupun menjadi 25 sen. Dan seminggu dapat kita infakkan sekitar 1.75 sen / duit. Kalau malas nak masukan satu waktu 5 duit boleh juga kita kumpul-kumpulkan dan masukan dalam tabung setiap jumaat dengan kadar rm1.75 sen.
Kalau berat juga nak bawa rm1.75 sen setiap minggu tiap kali jumaat boleh juga kita bulatkan jumlah itu menjadi RM2.00 setiap minggu Jumaat.
Ya rm2.00 setiap Jumaat adalah permulaan kita untuk berinfak di masjid. Tidak kira masjid mana yang akan anda solat setiap jumaat namun yang baiknya berinfaklah serendah rm2.oo seminggu sebagai permulaan bersedekah ataupun berinfak.
Sekiranya rm2.00 seminggu pun berat bermakna anda tidak merdeka dalam kewangan....
JOM - 5 DUIT SETIAP SATU WAKTU - RM1.75 SEMINGGU atau RM2.00 / Jumaat.

JENIS PENIAGA & PERNIAGAAN

Ramai yang ingin meniaga namun presepsi tentang meniaga dan apa itu perniagaan menjadikan ramai yang tarik diri disebabkan tidak mempunyai waktu dan dasar kewangan yang kukuh.
Kata orang meniaga :
"kalau dah memang cukup duit tak perlu meniaga la...yang kita meniaga ni sebab nak cari duit lah ".
Kata orang yang tak pernah meniaga :
" ish mana nak pi cari duit habuan nak buat meniaga ni"
Kata orang yang dah meniaga :
" meniaga kalau tak dak duit susah lah nak meniaga "
Jadi disini mana satu yang betul tentang prinsip meniaga atau pun manakah jalan yang terbaik untuk memulakan perniagaan. Sebenarnya ketiga-tiga prinsip yang diatas adalah benar mengikut acuan meniaga yang di tempa mereka.
ACAUAN 1 :
Peniaga yang bekerja dalam perniagaannya samada peniaga itu sendiri menjadi pengurus ataupun peniaga itu menjadi staff sendiri bagi peniagaannya.
ACUAN KE- 2 :
Peniaga yang menjadi pengurus sahaja bagi perniagaannya sedangkan lain-lain pekerjaan dibebankan kepada pekerja yang digaji.
ACUAN KE-3 :
Peniaga yang perniagaannya diuruskan oleh seorang pengurus yang di gaji dan peniaga ini hanya menjadi pemerhati dari jauh bagi perniagaannya.
Pilihlah acuan manakah yang sesuai dengan jiwa dan pemikiran kita. Untuk pengetahuan , acuan yang ke-3 lah merupakan acuan yang ramai pengemarnya dan mereka inilah yang sering dapat merasa nikmat akan sesebuah pendapatan melalui perniagaan.
Peniaga yang berjaya bukanlah sesiapa yang mempunyai wang berjuta tapi peniaga yang berjaya ialah peniaga yang mempunyai kemerdekaan kewangan untuk berinfak , sedekah dan melakukan kebajikan lainnya dengan kewangan yang dimilikinya. Pun begitu peniaga yang berjaya juga adalah mereka yang mempunyai waktu tidak terbatas dan mereka merasa merdeka kerana tidak di ikat dengan waktu pekerjaan ataupun perniagaan.
Selamat mencuba resepi di atas dan rasailah nikmat merdekanya seorang peniaga............

Jul 9, 2009

Rujukan bagi EKONOMI ISLAM - Dasar & Amalan


MUKADIMAH - TENTANG EKONOMI ISLAM

MUKADIMAH
Persoalan ekonomi bukanlah merupakan satu persoalan yang baru dalam sejarah peradaban manusia kerana kegiatan ekonomi itu sendiri merupakan sebahagian dari kehidupan umat sejagat. Nas dari Al- Quran awal-awal lagi telah menyebut kisah Nabi Allah Yusuf a.s dalam urusan yang dinamakan sekarang ini EKONOMI (IQTISAD ). Allah telah berfirman dalam al-quran yang bermaksud :
Berkata Yusuf " Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan Negara ( Mesir ) , sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan".
(Surah Yusuf 12:55 )
Rancangan yang dikemukan oleh Nabi Yusuf kepada pembesar Mesir untuk mengatur urusan pembekalan makanan demi menghadapi malapetaka ( kemarau ) yang dijangkakan berlaku meruapakan asas bagi ilmu ekonomi ( Babilli , 1988:18 ). Agak tepat juga jika dikatakan bahawa pada zaman Nabi Yusuflah terasasnya ilmu ekonomi Islam (*1). Dengan itu , Islamlah yang mula-mula memberikan isyarat kepada ilmu ini dengan bahasa yang unik ( Babilli, 1988:18 ).
(*1) - agama yang dibawa oleh setiap Rasul ialah Islam , termasuk Nabi Yusuf sendiri. Begitu juga Rasul-rasul yang diutus sebelum beliau (lihat al-quran 2:131 - 133 dan 136 , 3:83 -84). Justeru , ekonomi yang diamalkan oleh para Rasul juga merupakan ekonomi Islam.
.....dipetik dari Buku EKONOMI ISLAM - Dasar dan Amalan Edisi Kedua ditulis oleh Surtahman Kastin Hassan & Sanep Ahmad.