Jun 20, 2009

Perniagaan Yang Haram Disisi Islam.


Bismillahirahmanirahhim....selawat serta puji kepada nabi besar junjungan kita nabi Muhammad s.a.w.


"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepada Ku sahaja "


Tujuan manusia dijadikan adalah nyata iaitu : untuk beribadat kepadaNya sahaja. Oleh itu didalam ekonomi dan perniagaan juga adalah menjadi satu kewajipan bagi kita agar terus memeliharakan perniagaan dan perekonomian itu berlandaskan prinsip Islam. Di dalam sesebuah perniagaan itu tidak boleh ada sesuatu hal yang beleh membatalkan sesuatu ibadat. Ini penting dan harus diberi penekanan yang wajar.


Oleh itu , disini ingin kami gariskan beberapa perniagaan yang sebenarnya tidak dianjurkan di dalam perniagaan Islam kerana ianya boleh membuat ekonomi Islam itu menjadi pincang lantas menjadikan ekonomi Islam itu menjadi lemah dan tidak akan berkembang sama sekali.


Antara perniagaan itu ialah :

  1. Menyewa alat-alat persandingan & pelaminan

  2. Menjadi Mak Andam bagi sesi persandingan

  3. Menyewa peralatan karaoke bagi majlis-majlis keramaian

  4. Menjual & Menyewa alat-alat karaoke
  5. Pereka fesyen bagi pakaian yang mendedahkan aurat

  6. Menyewa pakaian pengantin bagi persandingan

  7. Menyewa khemah bagi majlis yang tidak berlandaskan ibadah

  8. Menjual & membeli cd-cd / vcd / dvd cetak rompak

  9. Menjual & membeli kacamata hitam / membaca dengan jenama tiruan

  10. Menjual & membeli seluar dan pakaian atas jenama tiruan

  11. Menjual & membeli sandal / selipar / kasut atas jenama tiruan

  12. Menjual & membeli jam tangan / jam dinding atas jenama tiruan

  13. Menjual & membeli apa saja barang / produk-produk tiruan

  14. Menjual & membeli buku-buku yang di fotokopi tanpa kebenaran

  15. Menjual & membeli arak

  16. Menjual & membeli peralatan berhala

  17. Menjual & membeli berhala / patung yang boleh dijadikan sembahan

  18. Menjual & membeli kelengkapan bagi penyembahan / peralatan syirik

  19. Menjual & membeli benda-benda yang haram di sisi syarak

  20. Membantu perniagaan yang menjadi musuh yang nyata kepada Islam

No comments:

Post a Comment