Jun 20, 2009

Tirai Kata




Assalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh...


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani , selawat serta salam kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. dan segala puji-pujian bagi Allah semesta alam kerana limpah dan kurnianya kepada kita dalam mengecapi nikmat iman sebagai seorang muslim yang telah dihidayahkan kepada kita tentang sebuah agama yang cukup sempurna. Amin..amabaqdu.

Berpandukan kepada firman Allah dan ayat terakhir yang telah diturunkan iaitu :

"Dan pada hari ini telah aku sempurnakan bagi mu agamamu dan telah aku cukupkan nikmatku bagi mu dan aku redho Islam itu menjadi agamamu."

Berdasarkan pada ayat yang diatas dapatlah kita simpulkan bahawa Islam adalah merupakan sebuah agama yang cukup lengkap , sebuah agama yang cukup sifat yang membolehkan dan membenarkan kita beramal dengan Islam itu sendiri.


Lengkapnya Islam bukanlah hanya pada sistem Tauhidnya sahaja namun didalam Islam itu sendiri dilengkapi dengan kepelbagaian ilmu serta panduan yang berguna bagi manusia yang mahu menjadikan al-Quran & Hadis sebagai pedoman mereka.


No comments: